- Whatsapp Organiser
- Whatsapp Organiser
- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
13 Mar, 2026 From 11:00 AM to 10:00 PM Singapore Expo, Singapore View MapSynopsis
MAAR MegaRaya Expo 2026
Masjid Al Abdul Razak Sebagai Penerima Manfaat
Masjid Al Abdul Razak berbesar hati dipilih sebagai penerima manfaat bagi MegaRaya Expo 2026 pada tahun ini.
Sepanjang acara ini, pelbagai program bermakna akan diadakan — merangkumi khataman Al-Qur’an, perkongsian Ramadan, pertandingan hafazan, majlis maulid, perbincangan ilmu serta persembahan budaya Islam.
Kami menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghadiri program ini dan memeriahkan suasana Ramadan dengan ilmu, zikir dan ukhuwah.
Jadual Program
Jumaat, 13 Mac
Khataman Al-Quran Muslimah Bersama Selebriti
12:00 Tengah Hari – 2:00 Petang
Bersama:
Maria Bachok
Mahani Mohd
Kamaliah Latiff
Shenty
Junainah M Amin
Ainon Talib
Pengagihan Briyani selepas Khataman (stok terhad).
Bagaimana 10 Malam Terakhir Ramadan Boleh Ubah Kehidupan Anda
6:00 Petang – 7:00 Malam
Penceramah:
Ustaz Faizuddin Fauzan
Satu perkongsian yang memberi panduan tentang bagaimana umat Islam boleh memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan untuk memperbaiki kehidupan dan mendekatkan diri kepada Allah.
Sabtu, 14 Mac
Bicara Ramadan: Jika Ini Ramadan Ku Yang Terakhir
12:00 Tengah Hari – 2:00 Petang
Bersama:
AB Sheikh
Ustaz Tarmizi Wahid
Maulana Sheikh Afeefuddin
Satu sesi renungan yang mengajak kita menghayati Ramadan dengan penuh kesungguhan seolah-olah ia Ramadan terakhir dalam kehidupan kita.
Surah Memorization Contest for Special-Needs Participants
6:00 Petang – 7:00 Malam
Pengadil & Fasilitator:
Syah Ibrahim
Ustaz Syed Yusuf
Nurul Zayani........ bersama anak-anak tercinta mereka.
Program khas bagi memberi ruang kepada peserta berkeperluan khas untuk menampilkan usaha mereka dalam menghafaz Al-Qur’an.
Ahad, 15 Mac
Maulid & Qasidah oleh Kumpulan An-Nida
12:00 Tengah Hari – 1:00 Petang
Majlis selawat dan qasidah dalam memuliakan serta mengingati Rasulullah ﷺ.
Bincang-Bincang Syawal
1:00 Petang – 2:00 Petang
Bersama:
Ustaz Khairi Nazron
Ustaz Syed Yusuf
Abdul Qayyum
Perbincangan santai mengenai pengajaran Ramadan dan bagaimana mengekalkan semangat ibadah selepas memasuki bulan Syawal.
Samrah
6:15 Petang
Persembahan budaya yang meraikan warisan seni Islam dan mengeratkan ukhuwah masyarakat.
Details
Sokong Masjid Al Abdul Razak
Sumbangan anda membantu masjid ini terus menjalankan program ilmu, dakwah dan khidmat kepada masyarakat.
Salurkan sumbangan anda melalui:
PayNow UEN
S65MQ0004G
Rujukan: Infaq Masjid
Bank Transfer
OCBC Business Account
581-65191-6001
Cek
Atas nama: LPM Al Abdul Razak